Wednesday, September 30, 2020

'Turning Point' bagaimana Midah yang dulunya hampir putus asa tapi kini berjaya besar.


Midah kelihatan sugul di depan halaman rumahnya. Zarina yang baru pulang dari pasar Pudu telihat wajah Midah yang monyok lalu menegur.

"Midah oi !! Apahal monyok sangat muka tu?”

Midah mengangkat wajahnya memandang Zarina, tersenyum monyet & membalas.

“Tak ada apa la kak Ina. Biasa la pagi-pagi ni, moody.”

Zarina masuk ke halaman rumah Midah lalu duduk di gazebo yang ada di situ. Midah pun pergi ke arah Zarina dan duduk di sebelahnya.

“Kau ni macam ada masalah je. Ada masalah apa? Jarang nampak monyok, tiba-tiba hari ini muka ketat je. Cuba cerita kat aku”, kata Zarina.

“Banyak masalah aku sekarang ni kak. Kau kan tahu suami aku sakit stroke, dah 3 tahun tak kerja, tangan kiri masih lemah dan tak boleh angkat. Kaki kiri pun lemah dan jalan tertempang-tempang. Dia dah cuba mohon Pencen ILAT dari PERKESO, tapi tak lulus.

Kami hanya bergantung pada bantuan baitulmal yang seribu lebih tu je sebulan, untuk beli barangan dapur dan sewa rumah. Yang lebih parah sekarang, sejak musim PKP beberapa bulan lepas, saya dah tak boleh menjaja aiskrim depan sekolah tu lagi.

Kalau tak, dapat la sepuluh ke lima belas ringgit sehari kalau hari sekolah. Lepas la belanja sekolah anak. Saya pun tak berapa sihat sekarang ni. Jari-jari tangan ni tak boleh nak gengam sangat, maklum la dah lama tak putar plastik aiskrim tu. Anak-anak pun sekarang mudah jatuh sakit.

Riasau la kak, musim-musim covid ni. Covid tu satu hal. Tapi duit yang nak guna harian ni. Nak belanja harian budak-budak ni pun semput. Kita orang tua ni bolehla buat-buat puasa kalau tak ada beda nak makan pun. Tapi budak-budak tu, tau nak makan je..

Duit simpanan suami dan surut giller. Maklumla dah lama tak kerja. Rumah nak kena bayar bulan-bulan, api-air lagi? Nasib baik kereta kancil pekak tu dah habis bayar. Risau juga keadaan kewangan kami sekarang. Hanya Allah yang tahu kak”, balas Midah.

Zarina memandang Midah. Kelu tidak terkata apa-apa.
“Sabar la Midah. Ujian dari Allah, kena redha. Makin cepat redha, makin banyak rezeki akan masuk nanti”, balas Zarina.

Wajah Midah tertunduk ke bawah sambil bergenang air mata.. Tiba-tiba Midah bersuara.

“Kak tak ada ke apa-apa cadangan yang boleh bantu keluarga saya? Kak kan selalu buat bisnes”, tanya Midah meminta cadangan.

“Begini Midah. Kak rasa, kau ikut aku buat bisnes online. Aku pun tak pandai sangat. Cuma aku ikut je apa yang coach aku ajar. Of course kena daftar sebagai ahli member O2O frenz. Dalam musim PKP ni akak dapat juga dua ribu lebih sebulan. kadang-kadang mencecah ke tiga ribu.

Program ni under syarikat CNI, company yang dah lebih 30 tahun di Malaysia. Trusted company dah ni.”, Zarina mula
memberikan penerangan.

Midah teruja nak dengar selanjutnya.
“Ada banyak kelebihan menjadi O2O frenz ni. Yang paling utama ialah rangkaian produk bermutu tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Ada banyak jenis produk untuk pelbagai jenis penyakit juga. Kalau tangan kau sakit atau anak-anak kau sakit, boleh beli produk tu dengan harga ahli, jimat banyak”, sambung Zarina.

"Program ni tengah meletup-letup sekarang ni. Jangan kau lengah lagi."

“Jadi apa tugas Midah nanti bila join masuk program ni kak?”, tanya Midah.

“Kerja kau mudah je. Nanti lepas daftar, kau ikut je step yang diberikan dalam sistem tu. Atau kau wassap je nombor coach kita ni. Dia akan terangkan lebih detail "


"Apa yang dia suruh buat, kau buat perlahan-lahan sampai siap. Zaman sekarang ni online semunya mudah. Ni kerja paling senang untuk jana income tambahan. "

Akak ikut aje step yang coach tu ajar melalui online.Tak payah nak keluar-keluar rumah jumpa orang, dia ada buat penerangan secara online nanti. Boleh la support keluarga kau nanti. Ajak suami kau buat sekali, walaupun dia kena stroke tapi tangan kanan dan jari-jemari boleh tekan wassap kan ?”,
terang Zarina.

“Okay kak. Macam mana nak daftar program tu?”, tanya Midah.

“Alahh, kau wassap je dia tu. Nantu berdessup dia jawab. Bila dia jawab kau jangan senyap pulak.! Nanti dia ajar kau satu-persatu." Balas Zarina. Apa-apa masalah, kau wassap je kat nombor ni ya. 
O2OfrenzPlanPKPB

“Owh pembelian ada casback ke ni? Menarik juga CNI buat begini. Boleh jimat duit sambil menjana kewangan tambahan. Saya rasa pernah dengar nama CNI ni, tapi dah lama dah.”, balas Midah.

“Ya Midah, sekarang dia perkenalkan program O2O Frenz. Lagi meletup! Bukan hanya jimat duit. Boleh tambah duit lagi. Akak baru buat setahun lebih je O2O frenz ni.. Alhamdulillah !! Boleh la dapat kewangan tambahan untuk tampung keperluan keluarga”, balas Zarina.

“Terima kasih kak. Doakan saya juga”, balas Midah. 

Zarina kemudian bergerak untuk pulang ke rumah. Midah mendaftarkan dirinya untuk program O2O Frenz dan mula menikmati penjimatan berganda dalam setiap pembelian dan senyumanya semakin lebar. Mukanya tak ketat dan kelat seperti dulu lagi.

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...