Tuesday, August 9, 2022

Muzakarah Kalimah Toyyibah

1. Hakikat Kalimah Toyyibah.

Terdiri dari dua kalimah iaitu kalimah iman dan kalimah amal.

Iman - La ila Ha illa Allah

Maksud (Iman):

Makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya.

Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah SAW tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata mempercayai Baginda SAW.


Cara mendapatkannya : 

- Selalu mendakwah tentang kebesaran Allah lagi dan lagi serta menafikan kebesaran makhluk.
Contohnya : Makhluk tidak berkuasa, hanya Allah yang berkuasa, makhluk tidak mampu memberi rezeki kepada kita, rezeki hanya datang dari Allah, tiada yang boleh memberi manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah ..

- Sentiasa menggunakan seluruh pacaindera kita untuk melihat kebesaran Allah, selalu kita kaitkan dengan kebesaran Allah apabila kita lihat sesuatu, apabila kita mendengar sesuatu atau bercakap tentang sesuatu. Akallah yang akan memikirkan perkara tersebut bahawa semua ini datangnya dari Allah.

- Apabila berjanji, lazimilah dengan InsyaAllah, apabila terkena musibah - Inna Lillah, apabila dipuji - Alhamdulillah- semuanya milik Allah, apabila terlihat atau dengar sesuatu yang menakjubkan sebukanlah MasyaAllah dan seterusnya..

- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapat hakikat kalimah toyyibah ini.


Kelebihannya :

- Nabi (saw) bersabda : Barang siapa dapat mengucap "Lailaha illa Allah" di akhir qalam nya, maka wajib baginya Syurga.

- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila seseorang hamba mengucapkan "la ila ha illa Allah" dengan keikhlasan hati maka sesungguhnya pintu-pintu langit akan dibuka untuk kalimah itu sehinggalah kalimah itu terus menuju ke arasy yakni ia diterima serta merta dengan syarat pengucap itu menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. (Tirmizi).

-Sayyidina Abu Bakar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menerima dari ku kalimah yang telah aku kemukakan kepada bapa saudaraku (Abu Talib ketika dia hampir meninggal dunia) tetapi dia telah menolaknya, maka kalimah itu akan menjadi asbab keselamatan untuknya".
(Musnad Ahmad).


Amal - Muhammad Rasulullah









Maksud (محمد رسول الله):

Untuk mendapat manfaat terus daripada zat Allah SWT. Perlulah menyakini bahawa melaksanakan semua perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad SAW akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat yang sempurna.


Cara mendapatkannya:

1. Kita perlu sentiasa mendakwahkannya dengan yakin, sentiasa mengamalkannya serta perlulah sentiasa mentaati Rasulullah SAW dalam setiap amalan dalam kehidupan seharian kita. Iaitu dengan kata lain taat mengikut sunnah Baginda SAW.

2. Mengikut sunnah baginda SAW. Adapun para ulamak telah menggariskan pembahagian sunah-sunah Baginda SAW. 
Sunnah Penampilan iaitu penampilan Baginda SAW seperti cara berpakaian, misai/janggut, potongan rambut dan sebagainya.
Sunnah Ibadah iaitu aktiviti dalam seharian kehidupan Nabi bermula dari bangun tidur hingga ke tidur semula. Mula berdoa setelah sedar dari tidur, sebelum makan berserta adab makan, cara pergaulan dengan isteri baginda, cara bergaul dengan sahabat, cara berdakwah (mendatangi ummat), sehinggalah kepada cara nabi saw tidur kembali dengan adab tidur yang sempurna. 
Sunnah Dakwah iaitu cara dakwah (fikir-risau Nabi Saw) agar semua ummatnya terselamat dari azab api neraka Allah dan semua ummatnya boleh masuk ke syurga Allah swt. Cara terbaik dalam dakwah baginda ialah dengan mendatangi ummat “face to face”, dari lorong ke lorong, dari khemah ke khemah dari kabilah demi kabilah.

3. Sentiasa berdoa pada Allah agar diberi kekuatan serta istiqamah dalam mengamalkan sunnah nabi SAW.


Kelebihannya:

1. Allah berfirman. "Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu ada contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkab keredhaan Allah SWT dan balasan yang baik pada hari kiamat- hingga akhir ayat. [Al-Ahzab 33:21].

2. "Katakanlah! (wahai Muhammad) Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampun dosa-dosa kamu. Dan Allah maha pengampun dan Maha Pengasih." [Ali Imran 03:31].

3.  Hadis: "Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnahku di zaman kerosakan ummat, maka baginya pahala sebagaimana orang mati syahid" Hr- Baihaqi dari Ibnu Abbas RA.
4.  Hadis: " Barang siapa yang menghidupkan sunnah ku, sesungguhnya ia menyintai ku. Barang siapa yang menyintai ku, ia akan bersama ku di Syurga.


No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...