Wednesday, September 28, 2022

Adab Ta'lim Wa Ta'lum - Muzakarah

 Adab Ta’lim (Ta’alim wa Ta’lum)









Tujuannya

1. Untuk memasukkan nur kalamullah dan nur sabda Rasulullah ke dalam hati kita.
2. Menghidupkan sunnah Rasulullah serta mencari redha Allah SWT.
3. Untuk mengerti nilai sesuatu amalan dan mengghairahkan kita dalam beramal.
4. Menghubingkan antara ilmu dan amal.
5. Mengingatkan Kembali perintah-petintah Allah.
6. Mendapat keberkahan berada di taman-taman syurga.

Fadhilat Ta’lim
1. Mendapat sakinah (ketenangan jiwa)
2. Dicucuri rahmat Allah SWT.
3. Di kelilingi para malaikat bersusun-susun sehingga ke Arasy Allah
4. Nama kita dibangga-banggakan oleh Allah di hadapan majlis para Malaikat.
5. Menghancurkan 100 majlis lalai (jika dilakukan di rumah).
6. Malaikat mendoakan keampunan kepada Allah.
7. Mempelajari 1 ayat Al-Qur`an di dalam ta`lim maka lebih baik daripada 100 rakaat solat sunat.
8. Mempelajari satu bab ilmu lebih baik daripada 1000 rakaat solat sunat.
9. Berada sebentar didalam ta`lim sama dengan menghantar 1000 jenazah dan menziarah 1000 orang sakit.


Dalam sebuah hadis:
Dari Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak berkumpul suatu kaum dalam satu rumah-rumah Allah, mereka membaca kitab Allah, saling mengajarkannya sesama mereka, kecuali diturunkan kepada mereka sakinah, rahmat menyirami mereka, para malaikat akan mengerummuni mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang ada di sisi-Nya."
(Muslim, Abu Dawud)

Kerugian jika tidak menjalankan Ta’lim wa Ta’lum
1. Beramal dengan mengikiut hawa nafsu.
2. Tidak mengetahui nilai akhirat.
3. Syaitan juga akan berdakwah dirumah kita sehingga maksiat bermaharaja-lela.

Ta`lim terbagi kepada :
1. Halaqah Qur`an
2. Ta`lim kitabi
3. Muzakarah Enam sifat sahabat.

Adab-adab ta’lim wa ta'lum adalah  terbahagi pada 2 iaitu:

1. Adab lahiriyah:

1. Berwuduk.
2. Duduk iftirasy (duduk tahiyat awal) serta beselawat 3 x secara infradi.
3. Memakai wangi-wangian.
4. Duduk rapat-rapat.
5. Membaca dengan jelas dan jika perlu di ulang hadis sehingga 2 kali.
6. Bacalah apa yang tertulis dalam kitab dan jangan menambah dengan kata-kata sendiri.
7. Jika tidak mampu membaca ayat al-alquran atau hadis dengan baik, cukup dengan
    membaca maknanya atau mafhum hadis sahaja.
8. Tidak meninggalkan majlis sebelum selesai sedangkan pada saat itu Allah sedang
    menurunkan hidayah.
9. Jika terpaksa meninggalkan majlis, cukup menunjukkan isyarat:
                1. Angkat telunjuk = untuk berwuduk atau buang air kecil.
                2. Dua jari = untuk buang air besar.
                3. Lima jari = untuk keperluan khusus dan tidak Kembali lagi pada majlis.

10. Tidak mendengar sambil bertasbih / wiridan.
11. Tidak ada yang berdiri (untuk keluar) sebelum majlis selesai
12. Tidak  boleh bercakap-cakap kecuali menyebut perkataan-perkataan berikut:
            1. Allah = Subhanallahwata'ala atau 'Aza wa Jalla.
            2. Rasulullah = Shalallahu'alaihi wa sallam,
            3. Nama sahabat = Radhiyallahu'anhu/ha. 
            4. Nabi atau MalaikatAlaihissalam.
            5. Nama-nama orang yang dilaknat = Laknatul alaihi
            6. Berita gembira tentang syurga atau pahala = ucapkan tasbih, tahmid dan takbir semoga   
                Allah anugerahkan pada kita.
            7. Jika mendenngar tentang azab siksaan atau Neraka = mohon perlindungan Allah
                dengan beristighfar serta mengucapkan Na uuzu billah himin zaa lik.
                Ucapan-ucapan tersebut diucapkan secara sirri.
13. Pada akhir taklim para mustami' diajak untuk mengamalkan dan menyampaikan apa yang telah
       didengar kepada orang lain.
14. Selanjutnya majlis diakhiri dengan doa kaffarah majlis.


2. Adab Batiniyiyah

Takzim wal ihtiram (menganggumkan dan memuliakan)
Tashdiq wal-yaqin (membenarkan dan menyakini)
Ta'atsur fil-qalbi (mengesankan dalam hati)
Niyatul-amal wa tabligh (berniat mengamalkan dan menyampaikan.

Adab lainnya iaitu hati tawajuh dan tawadhu' kepada Allah SWT. Jika kita mendengar firman Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW seakan-akan Allah SWT sendiri atau Rasulullah SAW sendiri yang sedang berbicara kepada kita. Amalan taskhil – sesuai untuk ta’lim di rumah.

Doa kafarah:

سبحان الله و بحمده سبحانك اللهم و بحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت أستغفرك و أتوب إليك

 "Maha Suci Engkau ya Allah, segala puji bagi Engkau, saya bersaksi bahwa tiada tuhan selain Engkau, saya mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu."


No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...