Wednesday, September 28, 2022

Adab Makan - Muzakarah

 










Adab Makan


1. Membasuh kedua-dua tangan sebelum makan.
2. Menunggu makanan dihidangkan. 
3. Baca Basmalah sebelum makan.
4. Makan secara berjemaah untuk mendapat  lebih keberkatan.
5. Memberi peluang orang yang lebih tua untuk makan sebelum yang lain.
6. Menggunakan tangan kanan kecuali keuzuran.
7. Hendaklan makan atau minum dalam keadaan duduk kecuali darurat.
8. Mulakan dengan memakan buah-buahan terlebih dahulu.
9. Sekiranya makanan lembut, sunat menggunakan kesemua jari, sebaliknya menggunakan 3 jari.
10. Jika makanan tersebut tidak sedap, janganlah dicela makanan tersebut.
11. Makanlah sekadar keperluan, jangan berlebihan, 1/3 - makanan, 1/3 - minuman dan 1/3 - udara.
12. Ambil bahagian terdekat dahulu, jangan berebut sehingga orang lain tak dapat hak mereka.
13. Makanlah dengan menundukkan kepala tanpa merenung tepat kepada kawan sdg makan- terganggu.
14. Jangan makan makanan ketika terlalu panas.
15. Jika seseorang itu selesai makan, jgnlah dia beredar meninggalkan kawan-kawannya yang sedang makan.
16. Menjilat kesemua jari setelah selesai  makan.
17. Selesai makan, berdoa pada Allah.
18. Sunat kepada tetamu agar selepas makan disegerakan pulang dibimbangi takut terlalu lama dan menyusahkan tuan rumah.

Adab Minum

1. Disunatkan membaca Basmalah sebelum minum dan Alhamdulillah apabila selesai.
2. Minum sebanyak 3 kali teguk dan berhenti.
3. Elakkan dari bernafas ke dalam air.
4. Jangan meniup air yang hendakk diminum.
5. Jangan minum air yang terlalu panas.




- Kitab Adab al-Akl karangan iman al-Aqfahasi
- Tarbiyyatul Awlad wal Aba'fil Islam
- Dr Zahazan

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...