Sunday, February 13, 2022

Kunyit Hitam Di Malaysia


Kunyit hitam ialah sejenis tumbuhan yang rupanya seakan-akan kunyit biasa.Tumbuhan herba ini banyak tumbuh di serata negara di kawasan asia terutama sekali di India. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Curcuma caesia.

Beza tumbuhan ini dengan kunyit biasa ialah belahan dalamnya yang berwarna agak gelap. Manakala kunyit biasa berwarna jingga kekuningan. Di Malaysia, kita selalu tengok kunyit kuning digunakan dalam masakan.

Tetapi kunyit hitam sangat jarang sekali digunakan. 
Ia juga kaya dengan nutrisi dan
mineral penting. 
Selain masakkan, tumbuhan ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional. 

Dua bahan aktif yang ada dalam kunyi hitam ialah:

  • Kurkumin – Berfungsi sebagai anti oksida, anti radang, pencegah penyakit jantung koronari, mengurangkan kolesterol, dan anti bakteria.
  • Methoxyflavon – Meningkatkan hormon testosteron lelaki yang membantu dalam kekuatan jisim tulang, pembakaran lemak, meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan kesihatan sel darah merah dan sperma.

    Khasiat Kunyit Hitam

    .


    Khasiat daripada tumbuhan ini dapat
     melegakan dan menyembuhkan pelbagai penyakit.

    Tak hairan lah banyak telah digunakan secara turun temurun. Untuk mengetahui apa khasiat dan kelebihan tumbuhan ini, kami ada sediakan senarainya.

    1. Penyakit Paru-paru

    .Kunyit hitam baik untuk penyakit paru-paru. Ia telah digunakan oleh orang-orang terdahulu secara turun temurun. Kunyit hitam digunakan untuk menyembuhkan penyakit berkaitan paru-paru seperti:

    • Asthma
    • Pneumonia
    • Bronchitis

    Kandungan bahan aktif yang ada dalam kunyit hitam tidak mengganggu prosedur rawatan serta ubatan moden. Ia juga tidak mengganggu sistem imun badan, sebaliknya rawatan lain seperti chemoterapi boleh mengganggu sistem ini.

    .2. Kesan Antioksida

    .Antioksida antara khasiat yang terbaik yang ada didalam tumbuhan herba kunyit, terutama sekali kunyit hitam. Kurkumin yang ada dalam tumbuhan ini sangat-sangat efektif untuk menutralkan kestabilan sel dalam badan. Disebabkan elemen antioksida ini lah yang menyebabkan herba ini sangat baik untuk badan. Jangan tak tahu ia juga boleh melambatkan proses penuaan tau.
    .

    3. Efek Anastetik

    .

    .

    Kunyit hitam dianggap sebagai herba tahan sakit yang terbaik. Ruam, sakit gigi, sakit sendi dan masalah penghadaman juga boleh di legakan dengan kunyit hitam. Penting diingatkan, tumbuhan ini perlu diambil secara terkawal dan tidak berlebih-lebihan.

    .

    .

    Ianya bergantung kepada penyakit yang sedang anda alami.
    Kami sarankan sebelum anda ambil herba ini, pastikan anda dapat nasihat daripada pakar atau doktor terlebih dahulu. Apapun, banyakkan manfaat kunyit hitam ni?

    .

    4. Kesan Anti-radang

    Jika anda ada rasa pedih-pedih pada kulit, kunyit hitam adalah antara petua yang anda boleh cuba. Ini kerana herba ini mengandungi agen anti-radang yang mana baik untuk kegatalan pada kulit dan keradangan kulit. Gilis dan sapukan cecair tadi pada kulit, biarkan sehingga kering supaya meresap kedalam permukaan kulit, kemudian bilas.

    5. Mencegah Kanser

    .



    Tahukah anda, kunyit hitam asli boleh mencegah pelbagai penyakit kanser? Kajian sains telah dibuktikan bahawa herba ini boleh menghalang sel kanser daripada merebak. Kajian lain juga menunjukkan gabungan rawatan chemoterapi dengan kunyit hitam dapat membantu melawan sel kanser dengan lebih baik.

    .

    Ini tips terbaik untuk mereka yang menghidap penyakit kanser. Apa-apa pun sila minta nasihat daripada doktor anda dahulu sebelum anda ambil herba ini. Mungkin mereka ada tips dan nasihat yang betul untuk anda cuba rawatan ini dengan selamat.

    .
    6. Obesiti dan diabetes

    .



    Jangan tak tahu, kunyit hitam boleh 
    membantu mengurangkan lemak dalam badan tau. Jika anda sedang mencari cara untuk kurangkan berat badan, untuk pemulaan mungkin anda dah boleh cuba letakkan kunyit hitam dalam masakan anda. Kunyit hitam juga baik untuk penghadaman dan membantu mencegah penyakit hati. Ia juga boleh mengurangkan risiko masalah rintangan insulin dalam badan.

    .

    7. Membantu mencegah ulser perut

    .

    Pernah tak anda terfikir, setiap hari kita makan tak ingat dunia tak ada masalah apa-apa ke pada perut. Berita baik, kalau anda risau tentang kesihatan perut anda, apa kata anda amalkan ambil kunyit jenis hitam ini dalam masakan. Khasiat daripada tumbuhan ini dapat merawat masalah yang berlaku dalam penghadaman anda seperti ulser usus. 

    Anda juga boleh
     amalkan supplemen tambahan kunyit hitam.

    8. Merawat sakit sendi

    .

    .Osteoarthritis ialah penyakit yang berlaku pada sendi di seluruh badan anda. Simptomnya ialah bila anda rasa sakit dan tegang pada bahagian sendi. Apabila ini berlaku, kunyit hitam boleh membantu merawat sakit sendi anda. Kandungan yang ada dalam kunyit ini boleh juga dijumpai dalam ubat Ibuprofen (Sejenis ubatan yang digunakan untuk mengurangkan rasa sakit)

    9. Mencegah Pembentukan Bakteria

    .

    .Jika anda pergi kehospital, kebiasaannya doktor akan beri anda ubat antibiotik untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria ataupun kulat. Tapi tahu tak, selain ubatan hospital, antibiotik juga boleh dijumpai dalam tumbuhan? Sudah tentulah kunyit hitam salah satunya.
    Ia boleh dijumpai dalam bentuk pati, minyak dan serbuk.

    .

    .Kesan antibakteria yang ada dalam kebaikan kunyit hitam telah pun dibuktikan sejak 50 tahun yang lepas, iaitu Ia juga baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulat pada kulit dan kawasan kuku. Masalah bakteria dan kulat ini jika tidak dirawat dengan cepat, boleh menyebabkan keadaan menjadi serius dan boleh membawa maut.

    .

    Salah satu penyakit yang boleh terjadi ialah pneumonia. Amalan menggunakan herba ini boleh membantu anda mencegah dan merawat masalah ini daripada menjadi lebih teruk.

    .
    10. Meningkatkan stamina

    .
    Sama juga dengan tumbuhan yang jatuh dibawah keluarga ‘Halia’, kunyit hitam juga boleh berfungsi sebagai supplement tambahan untuk anda. Semua jenis kunyit dan halia merupakan herba perubatan tradisional yang baik yang boleh anda masukkan dalam diet anda.

    Ia boleh meningkatkan stamina, meningkatkan tenaga, menambah jisim tulang dan otot, serta meningkatkan kesihatan terutamanya kesihatan lelaki.

    .

    .

    Ini kerana kunyit jenis ini telah terbukti boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron jika diambil secara terkawal. Bagi mereka yang nak ambil khasiat daripada herba ini, anda perlu ambil dalam kuantiti kurang daripada 500 mg sehari. Jika tidak, masalah kesihatan lain boleh terjadi kepada anda.


    Cara makan kunyit hitam

    Banyak cara yang anda boleh cuba untuk ambil khasiat kunyit hitam untuk lelaki, mahupun khasiat kunyit hitam untuk perempuan. Cara makan kunyit hitam senang sahaja. Ada orang rebus atau bakar ambik khasiat kopi kunyit hitam ni. 

    Ada orang beli sahaja kapsul kunyit hitam yang ada dipasaran sekarang ni. 
    Produk dalam bentuk jus kunyit hitam pun ada.


    Kesimpulannya

    .

    Pokok kunyit hitam

    Kunyit hitam ialah salah satu tumbuhan yang paling terbaik yang telah digunakan secara turun temurun di serata dunia.Antara khasiatnya seperti digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti masalah penghadaman, penyakit paru-paru dan kanser.

    Namun penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pakar dan harus lah berada dibawah pengawasan doktor anda.

    .

    Ini supaya setiap punca dan kesan sampingan yang berlaku mudah untuk dikenalpasti oleh doktor serta rawatan sebaiknya dapat diberikan kepada anda. Pastikan supplement yang anda beli dikedai jamu, farmasi, mahupun kedai online perlulah mempunyai kelulusan pihak yang berkuasa seperti KKM.

    Ini bagi memastikan produk yang anda ambil itu selamat daripada kesan-kesan negatif yang boleh berlaku kepada anda.

    Baiklah itu sahaja untuk perkongsian kali ini.

    .

    .

    .

  • credit kepada : suamisihat.com.my

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...