Wednesday, September 30, 2020

30 Sept 2020 Dengan rasminya aku menjadi Consumer produk BomAtom

Sekarang aku nak cerita sikit bagaimana aku terjebak dengan syarikat ni. Setahun yang lepas aku mencari-cari peluang bisnes online yang boleh aku buat dalam keadaan yang sukar untuk bergerak kesana-kemari. Kepakaran aku banyak dalam network marketing, jadi bisnes yang aku cari pun tak lari dari networking juga la kan.

Ringkas cerita.. 

Aku dah buat research  sendiri lebih kurang satu minggu sebelum decide untuk join syarikat ni.. Up-up-upline aku kata, dia research 2 minggu. Sebab dia nama besar dan orang yang berpengaruh. Datuk Tengku Asmadi (DTA). Takut rosak reputasi dia. Sebenarnya syarikat ni dan masuk Malaysia hampir 3 tahun. Cuma dia baru tahu 5 bulan lepas. Aku pula dah tahu hampir setahun yang lepas di Youtube.. Dah kaji dah masa tu. 

Tapi tiada leader yang memberangsangkan. Keadaan aku pula tidak mengizinkan untuk bergerak aktif seperti dulu. Jadi aku buat donno je la. Sampailah satu ketika, 2 weeks ago, my ex downline Hasli dan Harun masing-masing wassap aku tentang benda ni. Mereka ni dari dua line berbeza dalam group DTA juga.

Aku tak kesah la siapa bakal immidiate upline aku. Because all the while, i never depend on upline. Upline just like giving birth to me (thanks for them). Then I will be on my way. So, aku ambil masa seminggu lebih untuk kaji-ulang lagi sekali apa yang telah aku kaji setahun yang lalu. Wassap sana, wassap sini.

Last sekali aku dah puas hati dan setuju untuk sertainya.. Tiba-tiba jadi pening kepala la pulak? Hah..!! Siapa yang patut jadi upline aku.. Hasli atau Harun? Dalam 2 minggu tu ada 2-3 orang lagi yang wassap aku nak datang rumah dan nak offer peluang ni (nak jadi upline la). Aku kata enough-enough.. Kita jumpa lain bulan, aku tak senang ni..

My final upline to be decided ialah Hasli or Harun.. Dah banyak mesege kiri-kanan ni bertanyakan plan serta produk. At last tiba soalan Statement Maut yang aku wassap untuk minta mereka responsible. Statement tu berbunyi deperti berikut.


"Demo kena percaya rezeki dan jodoh dari Allah.. kawe ni dok survey betul sbb ada beberapa org ajak kawe serentak ada 2, tu yg kawe banyak tanya tu..

Loni kawe dok finalize tinggal 2 ore demo dgn harun.."


Kedua-dua mereka menjawab dengan Positif. Kemudia aku hantar wassap final nak tengok siapa yang respon cepat.. yang final berbunyi seperti berikut.


"Bos nak gi jauh atomi ni boleh.. tapi kena ada bajet la sikit.. Sykt dgn plan meme international.. tapi kalu kita main naja kot-kot air cetek tak lih.. kena main international baru bolih.. Demo boleh pakat share bajet .. tu yg kawe tanya komitmen dan stategi.. Ejas ngan upline sbb ni sale semua naik atas ni..

Bajet iklan google RM500 - RM1k.. Kita pakat kongsi2. Mungkin kita guna dlm RM200 sebulan kot.. Guano agak? Dekat Sebule dah 1 pair pun tak dpt lagi.. Kalu 200 bulih share 4 ore baru RM50..

Tapi bukan serentak.. sekali kempen mungkin RM150-200 je sebulan.. test dulu "


Aku hantar serentak pada kedua-dua bakal upline. Iaitu pukul 6:09 pm 29 Sept 20

Respondent:

Harun : Mesej dibaca pada 6:13 tapi tidak respon yes or no. 

Hasli : Merespond dan bertanya soalan (counter question) pada jam 6:44pm pada hari yang sama. Kemudian pada 9:12 dia memberi kata putus komitment. mesej berikut 

"OK insyaAllah boleh ejas. Sabtu ni kita jupo discuss detail" 

Saya tidak terus mendaftar, saya tunggu beberapa jam sehinggalah pada jam 12:06. 30 September 2020 aku wassap Hasli dan memberi butir-butir peribadi untuk didaftarkan. 

Kemudian pada 30 haribulan petang barulah Harun respond iaitu jam 4:51 pm. Kira dah lebih 22 jam la. Itupun hanya wassap sticker Thum UP yang tertulis "Steady Bossku"


Contact me now !!





No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...