Wednesday, October 12, 2022

Kelebihan Sayyidul Istighfar

 Kelebihan Sayyidul IstighfarSahabat..!!

Beramal dengan Sayyidul Istighfar di ibaratkan seperti anda telah insured kan diri anda dengan insuran worth billion-billion jika anda mati..

T&C Applied..

Sabda Rasulullah SAW. 

"Maksudnya: Barang siapa yang mengucapkannya (Sayyid al-Istighfar) di waktu siang hari serta yakin dengannya, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. 

Dan barang siapa yang mengucapkannya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi. Maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga”.

Of course T&C apply

-Kena faham betul syarah hadis lalu beramal dengannya.
Dikatakan 1 sayyidul istighfar ini bersamaan 10k kali fadhilat istighfar biasa.. MasyaAllah.

Wallahulaklam,


Thursday, October 6, 2022

Adab Masuk Tandas

 Muzakarah Adab Tandas

Adab Masuk Tandas

1. Membaca doa sebelum masuk tandas :

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
“Dengan nama Allah, Ya Allah, aku berlindung denganmu dari syaitan jantan dan syaitan betina”

2. Memastikan kepala ditutup dengan kain atau sebagainya.
3. Memakai alas kaki (selipar).
3. Masuk dengan kaki kiri, keluar kaki kanan.
4. Tidak membawa perkara yang dilarang- spt alquran dsbnya,
4. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat.
5. Duduk bertinggung ke kiri ketika menunaikan hajat.
6. Jangan bercakap-cakap atau menyanyi di dalam tandas.
7. Selesaikan hajat tanpa menangguhkannya.
8. Jangan berkahak dalam tandas.
9. Beristinjak menggunakan tangan kiri kecuali darurah (makruh).
10. Jangan melihat najis, meludah pada najis.
11. Jangan melihat kemaluan sendiri.
12. Jangan kencing berdiri serta hendaklah berdehem selepas kencing.
13. Menggunakan air dengan sebaiknya
14. Menjaga kebersihan tandas.
15. Keluar dengan kaki kanan.
16. Membaca doa keluar tandas :

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ
“Dengan mengharap ampunan mu, Segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku dan menyihatkan aku”

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...