Tuesday, August 16, 2022

Amalan Makami - Muzakarah

Amalan Makami

5 Amalan Rumah
    1. Halqah Quran
    2. Ta'lim kitabi :
            - Fadhilat Amal/Sedekah/Haji
            - Muntakab Ahadis
    3. Muzakarah 6 sifat
    4. Taskil
    5. Mesyuarat

Amalan Masjid
    1. Ta'lim masjid - ke arah 1 jam/day.
    2. Ghast 1&2 (ziarah).
    3. Mesyuarat harian.
    4. Setiap hari 2.5 jam ke arah 24 jam.

Istima'e dan Infradi Amal - Muzakarah

Istima'e dan Infradi Amal

 Istima'e

1. Mesyuarat. (al-quran 3:159)
2. Solat Fardu.
3. Bayan.
4. Ghast.
5. Ta'lim
6. Makan/Ta'am.
7. Tidur.
8. Safar.


Infradi

1. Solat Sunat
2. Baca Quran
3. Zikir
4. Doa
5. Dakwah Infradi - cakap iman.

Sunday, August 14, 2022

Adab Usul - 12 Usul

 Muzakarah 12 Adab Usul :



Perbanyakkan 4 perkara :
    1. Perbanyakkan Dakwah.
    2. Perbanyakkan Ta'lim Wa Ta'lum (2.5 ke 4 jam sehari).
    3. Perbanyakkan ibadah infradi - baca quran, zikir, solat-solat sunat/tahjut dsbnya.
    4. Perbanyakkan khidmat :
                    
Kurangkan 4 perkara : 
1. Kurangkan masa makan.
2. Kurangkan masa rehat dan tidur.
3. Kurangkan masa berada di luar masjid.
4. Kurangkan percakapan yang sia-sia. (tinggal terus).

Tinggalkan 4 perkara :
1. Jangan meminta dengan makhluk, mintalah hanya dengan Allah.
2. Jangan mengharap kepada makhluk, berharaplah hanya dengan Allah.
3. Jangan guna barang orang lain tanpa minta kebenaran terlebih dahulu.
4. Jangan membazir.


Pecahan :
1. Perbanyakkan Dakwah
       1.1. Dakwah Umumi - ziarah, jaulah atau ghast.
        1.2. Dakwah Khususi – untuk berjumpa orang tertentu shj spt ketua kg, imam masjid dsb
        1.3. Dakwah Infradi-dikalangan ahli Jemaah atau org kg yg dijumpai secara rawak di
                sekitar masjid atau perjalanan ke kedai.
        1.4. Dakwah Ijtimai – yg bercakap hanya seorang yg lain dengar - Bayan


2. Perbanyakkan Ta'lim Wa Ta'lum (2.5 ke 4 jam sehari).
        2.1. Ta’lim Kitabi- Fadhilat Amal, Sedekah, Haji, Muntakab Ahadis
         2.2. Halaqah Tajwid- selepas fadhilat quran @ ilmu dan zikir, dipecahkan pd halaqah kecil
         2.3. Muzakarah 6 Sifat Sahabat- bergilir-gilir cakap 6 sifat serta huraiannya supaya ingat utk amal
         2.4. Muzakarah Adab – Kebiasannya yang diguna seharian, adab tidur, makan,tandas,masjid dsbnya.

3. Perbanyakkan ibadah infradi - baca quran, zikir, solat-solat sunat/tahjut dsbnya.
        
3.1. Solat-solat sunat.
         3.2. Baca Quran
         3.3. Banyakkan zikir – 300 pagi dan petang
         3.4. Belajat dan amal doa-doa masnun.

4. Perbanyakkan khidmat :
        4.1. Khidmat pada Diri Sendiri – mandi, gosok gigi, cuci pakaian dsbnya.                
         4.2. Khidmat pada Jemaah – bantu Jemaah-jemaah yang lain atau warga tempatan.
           
4.3. Khidmat pada Makhluk/Masjid – Persekitaran (masjid) sentiasa kemas, pokok atau binatang.
           4.4. Khidmat Pada Amir – iaitu dengan mentaati segala keputusan amir.


Thursday, August 11, 2022

Muzakarah Dakwah dan Tabligh


 6. Hakikat Dakwah dan Tabligh












Maksud Dakwah dan Tabligh :

Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah SAW diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.


Ringkasan:
- Berusaha bagaimana agama yang sempurna dapat diwujudkan dalam diri, ahli keluarga serta umat islam keseluruhannya.
- Supaya seluruh ummat beriman dan taat perintah Allah, lelaki akhir baligh dapat menunaikan solat di masjid secara berjemaah setiap waktu dan sebagainya.
- Wanita dapat menutup aurat dengan sempurna.
- Membetulkan salah faham kita bahawa harta, diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah yang mana kita mesti menggunakannya mengikut kehendak Allah.
- Infak diri, harta dan masa kita ke jalan Allah mengikut kehendaknya.
- Ulamak kita mengatakan jika keluar kejalan Allah selama 4 bulan, Allah akan masukkan Roh agama di dalam diri kita. Sebagaimana Allah masukkan roh kedalam diri kita semasa berumur 4 bulan,

- Allah telah beli diri,harta dan jiwa orang-orang beriman rujuk al-quran At-Taubah : 111


    "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

- Jadi kita kena guna harta mengikut kehendak Allah :

        1. Guna untuk keluar di jalan Allah. (Hijrah Baadiah dan Battah)
        2. Untuk beribadah (amalan masjid dan rumah).
        3. Untuk membantu kepada yang memerlukannya (miskin, yatim dan sebagainya.)
        4. Untuk diri dan keluarganya.


Cara Mendapatkannya :

- Sentiasa mendakwah terhadapnya.
- Buat pengorbanan terhadap agama dengan menggunakan diri, harta dan masa di jalan Allah, Khuruj/
Keluar di jalan Allah :
        1. Hijrah Ba'adiah - 3hari, 40hari, 4 bulan dan seterusnya.
        2. Hijrah Battah - Pergi tak kembali.
- Jika keluar di jalan Allah, Allah akan bagi :
                
1.Taufik Hidayah.
                2. Didikan - Tarbiah.
                3. Islah diri.
                       3.1. Iman Meningkat
                       3.2. Peningkatan dalam ibadah.
                       3.3. Baiki perangai buruk.
                       3.4. Dapat amal 6 prinsip sahabat.
                       3.5. Dapat jadikan maksud kehidupan Nabi SAW sebagai maksud hidupnya.




Kelebihannya :

Hadis Nabi SAW :
        - "Sepagi dan sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya."
        - "Debu-debu yang melekat di kaki (badan) orang yang keluar di jalan Allah di haramkan api neraka hatta asapnya sekali bembakar dirinya."
        - " Sehari di jalan Allah lebih baik dari seribu hari-hari yang lain.








Muzakarah Ikhlas Niat

 5. Hakikat Ikhlas Niat









Maksud Ikhlas Niat :


Membetulkan Niat : Menyempurnakan perintah-perintah Allah SWT semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.

Cara Mendapatkannya :

- Dakwah terhadapnya.
- Periksa niat sebelum, semasa dan selepas amalan tertentu.
- Lakukan setiap amalan tertentu semata-mata kerana Allah.
- Sentiasa istiqamah beramal walaupun pada mulanya tidak ikhlas
- Doa agar Allah beri hakikat ikhlas niat.

Kelebihannya :

- Sedekah yang disembunyikan akan menyejukkan kemurkaan Allah.
- ikhlas adalah iman - hadis
- Allah tidak melihat berapa besar sedekah kita tapi keikhlasan.
- Sahabat bersedekah satu biji kurma mendapat pahala sebesar Gunung Uhud.
- Nabi bersabda, "Selamatkanlah ahli keluarga kamu walaupun dengan bersedekah hanya dengan separuh biji tamar". 
- Orang yang tidak ikhlas beramal (riak) akan dibumban ke neraka dengan mukanya ditelangkup dan diseret ke tanah.

Muzakarah Ikram Muslimin



























 4. Hakikat Ikram Muslimin

Maksud Ikram Muslimin :

Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah SWT yang berkaitan dengan hamba-hamba Allah SWT yang lain dengan cara Nabi SAW dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang Islam.


Cara mendapatkanya :


1. Selalu mendakwahkannya.

2. Muliakan saudara sesama Islam iaitu dengan:
           - Tunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak kita (tanpa balasan).
           - Beri keutamaan pada hak orang lain sebelum hak diri kita sendiri.
           - Tinggalkan hak diri sendiri untuk saudara islam yang lain.

3. Enam hak sesama muslim :
           -
 Jika kamu menjumpainya ucapkanlah salam.
           - J
ika dia menjemputmu, maka perkenankan jemputannya.
           - J
ika dia minta nasihatmu, maka berilah dia nasihat.
           -
Jika dia bersin lalu membaca Alhamdulillah, maka jawablah dengan Yarhamukallah.
       
   - Jika dia sakit, maka jenguklah dia &
       
   - Jika dia meninggal dunia, maka lawatlah dia.

4. Menyayangi orang islam kerana mereka mempunyai kalimah yang sama dengan kita iaitu dengan cara memuliakan alim-ulama, menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.

5. Sentiasa berdoa pada Allah semoga Allah kurniakan hakikat ikram muslimin.

Kelebihannya :

Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Barang siapa membantu seseorang muslim yang dalam kesusahan, maka Allah Ta'ala akan membantu dia bila dia dalam kesusahan pada hari kiamat, barang siapa yang mudahkan seseorang yang dalam kesusahan maka Allah akan mudahkan dia di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menjaga aib seseorang muslim maka Allah Ta'ala akan menjaga aibnya didunia dan akhirat. Allah akan bantu hambanya selagi dia membantu saudara islamnya."

1. Orang yang memiliki sifat ikram, Allah bagi 73 hasanah. 1 sahaja sudah mencukupi untuk keperluannya di dunia, selebihnya Allah akan bagi di akhirat.

2. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Salah satu dari 7 golongan orang yang dilindungi Allah di bawah Arasy di akhirat kelak.

3. Orang yang membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata untuk menunaikan hak saudaranya, Allah akan bagi pahala iktikaf selama setahun.

4. Orang yang beriktikaf di masjid, Allah akan jauhkan dirinya dari neraka sejauh 3 parit. 1 parit jaraknya antara langit dan bumi.

Wednesday, August 10, 2022

Muzakarah Ilmu dan Zikir







3. Hakikat Ilmu dan Zikir

Maksud Ilmu :

Untuk mendapat Manfaat secara langsung dari zat Allah SWT. Kita hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. Untuk itu kita mesti mempelajari ilmu agama yakni memastikan bahawa dalam keadaan tertentu ini, apakah yang Allah  SWT inginkan daripada saya?


Tahu manakah perintah Allah dan yang manakah larangan Allah, serta kita tahu yang manakah yang perlu diutamakan. Dua bahagian ilmu iaitu Ilmu Fadhail (kelebihan/fadhilat) sesuatu amalan dan
Ilmu Mashail (ilmu berkenaan hukum-hakam agama).


Cara Mendapatkannya : 


- Sentiasa mendakwahkan kelebihan-kelebihan ilmu.
- Sentiasa beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari, amalan yang sedikit tetapi secara istiqamah amat     disukai oleh Allah.
- Ilmu Fadhail -Boleh belajar sendiri melalui pembacaan atau menghadiri majlis-majlis ta'lim.
- Ilmu Mashail -Kena belajar dan berguru dengan guru-guru/ustaz/alim-ulamak yang mursyid.
- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon hakikat ilmu.



Kelebihannya :

- Seorang yang Alim lebih ditakuti oleh syaitan dari 1000 Abid.- hadis
- Seseorang yang keluar untuk belajar ilmu, jika dia mati dalam perjalanan dikira syahid. - hadis
- Malaikat sentiasa mendoakan kebaikan bagi orang yang menuntut ilmu. - hadis

- Sayyidina Abu Zar R.A. Berkata Rasulullah SAW telah bersabda kepada saya. "Wahai Abu Zar, jika kamu pergi pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada al-quran maka lebih afdal dari solat 100 rakaat dan jika kamu mempelajari satu bab dari ilmu agama yang dapat di amalkan pada masa itu atau tidak (seumpama hukum-hakam semasa tayammum) maka lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat". (Ibnu Majah).


Maksud Zikir :

Mentaati segala perintah Allah SWT dengan penuh tumpuan kepadaNya yakni menyedari bahawa Allah SWT sentiasa besama saya dan Dia sentiasa melihat saya.

- Senantiasa mengingati Allah pada setiap masa.



Cara Mendapatkannya :

- Sentiasa berdakwah terhadapnya setiap masa/bercerita kepada orang lain.
- Sentiasa amal zikir harian 300 pagi dan 300 petang. (paling kurang)
       100 x سُبْحَانَ اللَّهِ

       100 x وَالْحَمْدُ لِلّهِ 

   100 xاللَّهُ أَكْبَرُ 

- Sebagai Tambahan.
        Solawat pada Rasulullah -  ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
       
        Zikir nabi Nuh a.s. - لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
       
        Istigfar Nabi - رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

- Baca quran hari-hari, paling kurang boleh khatan 2x setahun - bagi orang awam.
- Bagi hafiz/hafizah sekurang-kurangnya 3-5 juz setiap hari.
- Amalkan doa-doa masnun.
- Doa pada Allah meminta supaya diberi hakikat zikir.


Kelebihannya :

- Meningkat serta memelihara iman kita.
- Zikir yang dibaca sebagai penghalau syaitan, zikir yang dibaca akan melemahkan syaitan.
- Allah suka pada hambanya yang sentiasa mengingatinya.
    "Maka ingatilah kepadaKu. Aku pun akan ingat kepada mu, Bersyukurlah kepadaKu dan       jangan kamu engkar kepada Ku." Al-Baqarah 02:152
- 1 huruf akan dapat 10 hasanah.
- Orang berzikir, dia hidup disisi Allah.
- Aku bersama hambaKu yang mengingatiKu - Hadis Sahih Bukhari
- Zikir sebagai pembersih hati.
- Satu pintu syurga khas untuk orang yang istikhamah berzikir..
- Nama orang-orang yang berzikir di sebut-sebut di langit dan menjadi Nur pentunjuk untuk dia di bumi. (Baihaqi).



Muzakarah Solat Khusyu' dan Khudu'

2. Hakikat Solat Khusyu' dan Khudu' 



 


















Maksud Solat :


Untuk mendapat manfaat langsung daripada kudrat Allah SAW kita kendaklah mentaati perintah Allah SAW dengan cara Nabi SAW. Amalan yang paling penting dan paling asas antara perintah-perintah Allah SAW ialah solat.


Cara mendapatkannya :

1. Selalu dakwahkan kelebihan solat.
2. Bagaimana kehendak perwatakan kita dalam solat begitu juga yang kita perlu amalkan diluar solat.
3. Membawa ketaatan di dalam solat kepada kehidupan seharian. Maksudnya, dalam solat membaca quran, dalam solat juga kita bertawajjuh serta menundukkan pandangan, begitu juga dalam kehidupan seharian perlu membaca alquran, tawajjuh serta menundukkan pandangan apabila di tempat umum. (tawadhu).
3. Sebaik-baik solat ialah solat cara Baginda Nabi SAW iaitu di awal waktu, dimasjid atau surau bagi lelaki iaitu dimana tempat Azan dilaungkan.
4. Hadis Riwayat Bukhari "Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat".
5. Menghadirkan 7 perkara berikut :
        1. Sebelum kita bersolat, fikir risau terhadap orang yang belum bersolat (ahli keluarga, jiran
            tetangga, rakan sekerja serta seluruh ummat) yang masih sibuk dengan urusan dunia.
        2. Sahih Yakin - Solat ini adalah perintah Allah.
        3. Sahih Tarikah - Solat ini adalah cara yang diajar oleh Rasulullah SAW.
        4. Sahih Ikhtisab - Yakin dengan janji-janji Allah.
        5. Sahih Ihsan - Bersolat seumpama kita melihat Allah atau menyakini bahawa Allah sedang
            melihat kita.
        6. Sahih Ikhlas - Bersolat semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
        7. Selepas solat mesti bersyukur dan istighfar :
                    Bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjalankan perintahnya.
                    Beristighfar kerana sudah pasti ada kekurangan serta kelekaan kita sepanjang solat.


Kelebihan :

- Solat adalah tiang Agama.
- Solat dapat menarik nusrah Allah SWT.
- Solat yang baik yang dapat mencegah kita dari perbuatan buruk.
- Solat adalah ibadah pertama yang akan dihisab, jika LULUS, maka ibadah lainnya akan menjadi mudah.
- Solat adalah pembeza antara Islam dan kufur.
- Lima jaminan istimewa bagi orang yang menjaga solat:
         1. Rezeki diberkati semasa di dunia.
         2. Terangkat azab kubur.
         3. Menerima buku catatan amal dengan tangan kanan
         4. Melintas titian sirat sepantas kilat.
         5. Masuk syurga tanpa hisab.


Tuesday, August 9, 2022

Muzakarah Kalimah Toyyibah

1. Hakikat Kalimah Toyyibah.

Terdiri dari dua kalimah iaitu kalimah iman dan kalimah amal.

Iman - La ila Ha illa Allah

Maksud (Iman):

Makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya.

Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah SAW tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata mempercayai Baginda SAW.


Cara mendapatkannya : 

- Selalu mendakwah tentang kebesaran Allah lagi dan lagi serta menafikan kebesaran makhluk.
Contohnya : Makhluk tidak berkuasa, hanya Allah yang berkuasa, makhluk tidak mampu memberi rezeki kepada kita, rezeki hanya datang dari Allah, tiada yang boleh memberi manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah ..

- Sentiasa menggunakan seluruh pacaindera kita untuk melihat kebesaran Allah, selalu kita kaitkan dengan kebesaran Allah apabila kita lihat sesuatu, apabila kita mendengar sesuatu atau bercakap tentang sesuatu. Akallah yang akan memikirkan perkara tersebut bahawa semua ini datangnya dari Allah.

- Apabila berjanji, lazimilah dengan InsyaAllah, apabila terkena musibah - Inna Lillah, apabila dipuji - Alhamdulillah- semuanya milik Allah, apabila terlihat atau dengar sesuatu yang menakjubkan sebukanlah MasyaAllah dan seterusnya..

- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk mendapat hakikat kalimah toyyibah ini.


Kelebihannya :

- Nabi (saw) bersabda : Barang siapa dapat mengucap "Lailaha illa Allah" di akhir qalam nya, maka wajib baginya Syurga.

- Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila seseorang hamba mengucapkan "la ila ha illa Allah" dengan keikhlasan hati maka sesungguhnya pintu-pintu langit akan dibuka untuk kalimah itu sehinggalah kalimah itu terus menuju ke arasy yakni ia diterima serta merta dengan syarat pengucap itu menghindarkan diri dari dosa-dosa besar. (Tirmizi).

-Sayyidina Abu Bakar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menerima dari ku kalimah yang telah aku kemukakan kepada bapa saudaraku (Abu Talib ketika dia hampir meninggal dunia) tetapi dia telah menolaknya, maka kalimah itu akan menjadi asbab keselamatan untuknya".
(Musnad Ahmad).


Amal - Muhammad Rasulullah









Maksud (محمد رسول الله):

Untuk mendapat manfaat terus daripada zat Allah SWT. Perlulah menyakini bahawa melaksanakan semua perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad SAW akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat yang sempurna.


Cara mendapatkannya:

1. Kita perlu sentiasa mendakwahkannya dengan yakin, sentiasa mengamalkannya serta perlulah sentiasa mentaati Rasulullah SAW dalam setiap amalan dalam kehidupan seharian kita. Iaitu dengan kata lain taat mengikut sunnah Baginda SAW.

2. Mengikut sunnah baginda SAW. Adapun para ulamak telah menggariskan pembahagian sunah-sunah Baginda SAW. 
Sunnah Penampilan iaitu penampilan Baginda SAW seperti cara berpakaian, misai/janggut, potongan rambut dan sebagainya.
Sunnah Ibadah iaitu aktiviti dalam seharian kehidupan Nabi bermula dari bangun tidur hingga ke tidur semula. Mula berdoa setelah sedar dari tidur, sebelum makan berserta adab makan, cara pergaulan dengan isteri baginda, cara bergaul dengan sahabat, cara berdakwah (mendatangi ummat), sehinggalah kepada cara nabi saw tidur kembali dengan adab tidur yang sempurna. 
Sunnah Dakwah iaitu cara dakwah (fikir-risau Nabi Saw) agar semua ummatnya terselamat dari azab api neraka Allah dan semua ummatnya boleh masuk ke syurga Allah swt. Cara terbaik dalam dakwah baginda ialah dengan mendatangi ummat “face to face”, dari lorong ke lorong, dari khemah ke khemah dari kabilah demi kabilah.

3. Sentiasa berdoa pada Allah agar diberi kekuatan serta istiqamah dalam mengamalkan sunnah nabi SAW.


Kelebihannya:

1. Allah berfirman. "Demi sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu ada contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkab keredhaan Allah SWT dan balasan yang baik pada hari kiamat- hingga akhir ayat. [Al-Ahzab 33:21].

2. "Katakanlah! (wahai Muhammad) Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampun dosa-dosa kamu. Dan Allah maha pengampun dan Maha Pengasih." [Ali Imran 03:31].

3.  Hadis: "Barangsiapa berpegang teguh kepada sunnahku di zaman kerosakan ummat, maka baginya pahala sebagaimana orang mati syahid" Hr- Baihaqi dari Ibnu Abbas RA.
4.  Hadis: " Barang siapa yang menghidupkan sunnah ku, sesungguhnya ia menyintai ku. Barang siapa yang menyintai ku, ia akan bersama ku di Syurga.


Enam Sifat Sahabat Rasulullah (SAW) - 6 Point

Diantara sifat-sifat terpuji sahabat, ulamak mengatakan jika kita dapat mengamal ke enam-enam sifat sahabat ini, maka akan memudahkan bagi kita untuk mengamalkan agama sepenuhnya, InsyaAllah.

1. Hakikat Kalimah Toyyibah.
            "Laa ilaaha illa Allah, Muhammadar Rasulullah"
2. Hakikat Sholat Khusyu' dan Khudu'.
3. Hakikat Ilmu dan Zikir.
4. Hakikat Ikram Muslimin.
5. Hakikat Ikhlas Niat - semata-mata kerana Allah.
6. Hakikat Da'wah dan Tabligh.

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...