Thursday, August 11, 2022

Muzakarah Ikram Muslimin



























 4. Hakikat Ikram Muslimin

Maksud Ikram Muslimin :

Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah SWT yang berkaitan dengan hamba-hamba Allah SWT yang lain dengan cara Nabi SAW dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang Islam.


Cara mendapatkanya :


1. Selalu mendakwahkannya.

2. Muliakan saudara sesama Islam iaitu dengan:
           - Tunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak kita (tanpa balasan).
           - Beri keutamaan pada hak orang lain sebelum hak diri kita sendiri.
           - Tinggalkan hak diri sendiri untuk saudara islam yang lain.

3. Enam hak sesama muslim :
           -
 Jika kamu menjumpainya ucapkanlah salam.
           - J
ika dia menjemputmu, maka perkenankan jemputannya.
           - J
ika dia minta nasihatmu, maka berilah dia nasihat.
           -
Jika dia bersin lalu membaca Alhamdulillah, maka jawablah dengan Yarhamukallah.
       
   - Jika dia sakit, maka jenguklah dia &
       
   - Jika dia meninggal dunia, maka lawatlah dia.

4. Menyayangi orang islam kerana mereka mempunyai kalimah yang sama dengan kita iaitu dengan cara memuliakan alim-ulama, menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.

5. Sentiasa berdoa pada Allah semoga Allah kurniakan hakikat ikram muslimin.

Kelebihannya :

Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Barang siapa membantu seseorang muslim yang dalam kesusahan, maka Allah Ta'ala akan membantu dia bila dia dalam kesusahan pada hari kiamat, barang siapa yang mudahkan seseorang yang dalam kesusahan maka Allah akan mudahkan dia di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menjaga aib seseorang muslim maka Allah Ta'ala akan menjaga aibnya didunia dan akhirat. Allah akan bantu hambanya selagi dia membantu saudara islamnya."

1. Orang yang memiliki sifat ikram, Allah bagi 73 hasanah. 1 sahaja sudah mencukupi untuk keperluannya di dunia, selebihnya Allah akan bagi di akhirat.

2. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Salah satu dari 7 golongan orang yang dilindungi Allah di bawah Arasy di akhirat kelak.

3. Orang yang membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata untuk menunaikan hak saudaranya, Allah akan bagi pahala iktikaf selama setahun.

4. Orang yang beriktikaf di masjid, Allah akan jauhkan dirinya dari neraka sejauh 3 parit. 1 parit jaraknya antara langit dan bumi.

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...