Wednesday, August 10, 2022

Muzakarah Solat Khusyu' dan Khudu'

2. Hakikat Solat Khusyu' dan Khudu' 



 


















Maksud Solat :


Untuk mendapat manfaat langsung daripada kudrat Allah SAW kita kendaklah mentaati perintah Allah SAW dengan cara Nabi SAW. Amalan yang paling penting dan paling asas antara perintah-perintah Allah SAW ialah solat.


Cara mendapatkannya :

1. Selalu dakwahkan kelebihan solat.
2. Bagaimana kehendak perwatakan kita dalam solat begitu juga yang kita perlu amalkan diluar solat.
3. Membawa ketaatan di dalam solat kepada kehidupan seharian. Maksudnya, dalam solat membaca quran, dalam solat juga kita bertawajjuh serta menundukkan pandangan, begitu juga dalam kehidupan seharian perlu membaca alquran, tawajjuh serta menundukkan pandangan apabila di tempat umum. (tawadhu).
3. Sebaik-baik solat ialah solat cara Baginda Nabi SAW iaitu di awal waktu, dimasjid atau surau bagi lelaki iaitu dimana tempat Azan dilaungkan.
4. Hadis Riwayat Bukhari "Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat".
5. Menghadirkan 7 perkara berikut :
        1. Sebelum kita bersolat, fikir risau terhadap orang yang belum bersolat (ahli keluarga, jiran
            tetangga, rakan sekerja serta seluruh ummat) yang masih sibuk dengan urusan dunia.
        2. Sahih Yakin - Solat ini adalah perintah Allah.
        3. Sahih Tarikah - Solat ini adalah cara yang diajar oleh Rasulullah SAW.
        4. Sahih Ikhtisab - Yakin dengan janji-janji Allah.
        5. Sahih Ihsan - Bersolat seumpama kita melihat Allah atau menyakini bahawa Allah sedang
            melihat kita.
        6. Sahih Ikhlas - Bersolat semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
        7. Selepas solat mesti bersyukur dan istighfar :
                    Bersyukur kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjalankan perintahnya.
                    Beristighfar kerana sudah pasti ada kekurangan serta kelekaan kita sepanjang solat.


Kelebihan :

- Solat adalah tiang Agama.
- Solat dapat menarik nusrah Allah SWT.
- Solat yang baik yang dapat mencegah kita dari perbuatan buruk.
- Solat adalah ibadah pertama yang akan dihisab, jika LULUS, maka ibadah lainnya akan menjadi mudah.
- Solat adalah pembeza antara Islam dan kufur.
- Lima jaminan istimewa bagi orang yang menjaga solat:
         1. Rezeki diberkati semasa di dunia.
         2. Terangkat azab kubur.
         3. Menerima buku catatan amal dengan tangan kanan
         4. Melintas titian sirat sepantas kilat.
         5. Masuk syurga tanpa hisab.


No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...