Thursday, September 29, 2022

Adab Mesyuarat Dalam Islam

 


"Tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang bermesyuarat". - riwayat al- Tabarani.

Bahkan dalan Al-Quran juga Allah satu surah khusus yang dinamakan As-Syu'ara bererti mesyuarat.





Adab Mesyuarat
1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut:          الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله   atau seumpamanya.
2. Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw:

          من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليص

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.”
3. Melantik seorang ketua untuk membuat kata-putus – Amir (pengerusi).
4. Setiap ahli mesyuarat wajib bagi cadangan bila diminta oleh amir.
5. Cadangan diminta dari kanan ke kiri, amir boleh minta setiap orang atau orang tertentu.
6. Memberi pandangan yang ringkas dan padat.
7. Apabila pandangannya diterima – mesti istighfar.
8. Apabila pandangannya tak diterima – mesti bersyukur.
9. Jangan tekan show kecuali jika diminta oleh Amir. 
10. Jangan sesekali memotong percakapan orang lain.
11. Menyerahkan urusan membuat keputusan akhir kepada Amir.
12. Berlapang dada dengan keputusan mesyuarat.
13. Berdoa pada awal dan akhir mesyuarat(doa kaffarah).
14. Mesyuarat dalam waktu yang singkat tapi padat.
15. Menghormati antara satu sama lain.
16. Kekalkan perlaksanaan mengikut apa yang telah diputuskan dalam mesyuarat.
17. Tiada mesyuarat sebelum mesyuarat atau mesyuarat sesudah mesyuarat.

Mengambil tempat duduk dalam mesyuarat

1. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith:

لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما

Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)

2. Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda:

لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه

Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari)

سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك

Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...