Amalan Makami
5 Amalan Rumah
1. Halqah Quran
2. Ta'lim kitabi :
- Fadhilat Amal/Sedekah/Haji
- Muntakab Ahadis
3. Muzakarah 6 sifat
4. Taskil
5. Mesyuarat
Amalan Masjid
1. Ta'lim masjid - ke arah 1 jam/day.
2. Ghast 1&2 (ziarah).
3. Mesyuarat harian.
4. Setiap hari 2.5 jam ke arah 24 jam.
Start building your "Pencen Kaya dan Bergaya" from your daily habits..
Tuesday, August 16, 2022
Amalan Makami - Muzakarah
Istima'e dan Infradi Amal - Muzakarah
Istima'e dan Infradi Amal
Istima'e
1. Mesyuarat. (al-quran 3:159)
2. Solat Fardu.
3. Bayan.
4. Ghast.
5. Ta'lim
6. Makan/Ta'am.
7. Tidur.
8. Safar.
Infradi
1. Solat Sunat
2. Baca Quran
3. Zikir
4. Doa
5. Dakwah Infradi - cakap iman.
Sunday, August 14, 2022
Adab Usul - 12 Usul
Muzakarah 12 Adab Usul :
Perbanyakkan 4 perkara :
1. Perbanyakkan Dakwah.
2. Perbanyakkan Ta'lim Wa Ta'lum (2.5 ke 4 jam sehari).
3. Perbanyakkan ibadah infradi - baca quran, zikir, solat-solat sunat/tahjut dsbnya.
4. Perbanyakkan khidmat :
Kurangkan 4 perkara :
1. Kurangkan masa makan.
2. Kurangkan masa rehat dan tidur.
3. Kurangkan masa berada di luar masjid.
4. Kurangkan percakapan yang sia-sia. (tinggal terus).
Tinggalkan 4 perkara :
1. Jangan meminta dengan makhluk, mintalah hanya dengan Allah.
2. Jangan mengharap kepada makhluk, berharaplah hanya dengan Allah.
3. Jangan guna barang orang lain tanpa minta kebenaran terlebih dahulu.
4. Jangan membazir.
Pecahan :
1. Perbanyakkan Dakwah
1.1. Dakwah Umumi - ziarah, jaulah atau ghast.
1.2. Dakwah Khususi – untuk
berjumpa orang tertentu shj spt ketua kg, imam masjid dsb
1.3. Dakwah Infradi-dikalangan ahli
Jemaah atau org kg yg dijumpai secara rawak di
sekitar masjid atau
perjalanan ke kedai.
1.4. Dakwah Ijtimai – yg bercakap
hanya seorang yg lain dengar - Bayan
2. Perbanyakkan Ta'lim Wa Ta'lum (2.5 ke 4 jam sehari).
2.1. Ta’lim Kitabi- Fadhilat Amal, Sedekah, Haji,
Muntakab Ahadis
2.2. Halaqah Tajwid- selepas
fadhilat quran @ ilmu dan zikir, dipecahkan pd halaqah kecil
2.3. Muzakarah 6 Sifat Sahabat- bergilir-gilir
cakap 6 sifat serta huraiannya supaya ingat utk amal
2.4. Muzakarah Adab – Kebiasannya
yang diguna seharian, adab tidur, makan,tandas,masjid dsbnya.
3. Perbanyakkan ibadah infradi - baca quran, zikir, solat-solat sunat/tahjut dsbnya.
3.1.
Solat-solat sunat.
3.2. Baca Quran
3.3. Banyakkan zikir – 300 pagi dan
petang
3.4. Belajat dan amal doa-doa
masnun.
4. Perbanyakkan khidmat :
4.1.
Khidmat pada Diri Sendiri – mandi, gosok
gigi, cuci pakaian dsbnya.
4.2. Khidmat pada Jemaah – bantu Jemaah-jemaah yang lain atau warga tempatan.
4.3. Khidmat pada Makhluk/Masjid
– Persekitaran (masjid) sentiasa kemas, pokok atau binatang.
4.4. Khidmat Pada Amir – iaitu dengan mentaati segala keputusan amir.
Thursday, August 11, 2022
Muzakarah Dakwah dan Tabligh
6. Hakikat Dakwah dan Tabligh
Maksud Dakwah dan Tabligh :
Kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah SAW diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.
Ringkasan:
- Berusaha bagaimana agama yang sempurna dapat diwujudkan dalam diri, ahli keluarga serta umat islam keseluruhannya.
- Supaya seluruh ummat beriman dan taat perintah Allah, lelaki akhir baligh dapat menunaikan solat di masjid secara berjemaah setiap waktu dan sebagainya.
- Wanita dapat menutup aurat dengan sempurna.
- Membetulkan salah faham kita bahawa harta, diri dan masa bukan milik kita tapi milik Allah yang mana kita mesti menggunakannya mengikut kehendak Allah.
- Infak diri, harta dan masa kita ke jalan Allah mengikut kehendaknya.
- Ulamak kita mengatakan jika keluar kejalan Allah selama 4 bulan, Allah akan masukkan Roh agama di dalam diri kita. Sebagaimana Allah masukkan roh kedalam diri kita semasa berumur 4 bulan,
- Allah telah beli diri,harta dan jiwa orang-orang beriman rujuk al-quran At-Taubah : 111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."
- Jadi kita kena guna harta mengikut kehendak Allah :
1. Guna untuk keluar di jalan Allah. (Hijrah Baadiah dan Battah)
2. Untuk beribadah (amalan masjid dan rumah).
3. Untuk membantu kepada yang memerlukannya (miskin, yatim dan sebagainya.)
4. Untuk diri dan keluarganya.
Cara Mendapatkannya :
- Sentiasa mendakwah terhadapnya.
- Buat pengorbanan terhadap agama dengan menggunakan diri, harta dan masa di jalan Allah, Khuruj/Keluar di jalan Allah :
1. Hijrah Ba'adiah - 3hari, 40hari, 4 bulan dan seterusnya.
2. Hijrah Battah - Pergi tak kembali.
- Jika keluar di jalan Allah, Allah akan bagi :
1.Taufik Hidayah.
2. Didikan - Tarbiah.
3. Islah diri.
3.1. Iman Meningkat
3.2. Peningkatan dalam ibadah.
3.3. Baiki perangai buruk.
3.4. Dapat amal 6 prinsip sahabat.
3.5. Dapat jadikan maksud kehidupan Nabi SAW sebagai maksud hidupnya.
Kelebihannya :
Hadis Nabi SAW :
- "Sepagi dan sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya."
- "Debu-debu yang melekat di kaki (badan) orang yang keluar di jalan Allah di haramkan api neraka hatta asapnya sekali bembakar dirinya."
- " Sehari di jalan Allah lebih baik dari seribu hari-hari yang lain.
Muzakarah Ikhlas Niat
5. Hakikat Ikhlas Niat
Maksud Ikhlas Niat :
Membetulkan Niat : Menyempurnakan perintah-perintah Allah SWT semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya.
Cara Mendapatkannya :
- Dakwah terhadapnya.
- Periksa niat sebelum, semasa dan selepas amalan tertentu.
- Lakukan setiap amalan tertentu semata-mata kerana Allah.
- Sentiasa istiqamah beramal walaupun pada mulanya tidak ikhlas
- Doa agar Allah beri hakikat ikhlas niat.
Kelebihannya :
- Sedekah yang disembunyikan akan menyejukkan kemurkaan Allah.
- ikhlas adalah iman - hadis
- Allah tidak melihat berapa besar sedekah kita tapi keikhlasan.
- Sahabat bersedekah satu biji kurma mendapat pahala sebesar Gunung Uhud.
- Nabi bersabda, "Selamatkanlah ahli keluarga kamu walaupun dengan bersedekah hanya dengan separuh biji tamar".
- Orang yang tidak ikhlas beramal (riak) akan dibumban ke neraka dengan mukanya ditelangkup dan diseret ke tanah.
Muzakarah Ikram Muslimin
Maksud Ikram Muslimin :
Menyempurnakan dengan penuh tanggungjawab perintah-perintah Allah SWT yang berkaitan dengan hamba-hamba Allah SWT yang lain dengan cara Nabi SAW dan dalam hal itu hendaklah mengambil kira kedudukan dan kemuliaan orang Islam.
Cara mendapatkanya :
1. Selalu mendakwahkannya.
2. Muliakan saudara sesama Islam iaitu dengan:
- Tunaikan hak saudara kita tanpa menuntut hak kita (tanpa balasan).
- Beri keutamaan pada hak orang lain sebelum hak diri kita sendiri.
- Tinggalkan hak diri sendiri untuk saudara islam yang lain.
3. Enam hak sesama muslim :
- Jika kamu menjumpainya ucapkanlah salam.
- Jika dia menjemputmu, maka perkenankan jemputannya.
- Jika dia minta nasihatmu, maka berilah dia nasihat.
- Jika dia bersin lalu membaca Alhamdulillah, maka jawablah dengan Yarhamukallah.
- Jika dia sakit, maka jenguklah dia &
- Jika dia meninggal dunia, maka lawatlah dia.
4. Menyayangi orang islam kerana mereka mempunyai kalimah yang sama dengan kita iaitu dengan cara memuliakan alim-ulama, menghormati orang tua dan menyayangi kanak-kanak.
5. Sentiasa berdoa pada Allah semoga Allah kurniakan hakikat ikram muslimin.
Kelebihannya :
Hazrat Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda.
"Barang siapa membantu seseorang muslim yang dalam kesusahan, maka Allah Ta'ala akan membantu dia bila dia dalam kesusahan pada hari kiamat, barang siapa yang mudahkan seseorang yang dalam kesusahan maka Allah akan mudahkan dia di dunia dan akhirat. Barang siapa yang menjaga aib seseorang muslim maka Allah Ta'ala akan menjaga aibnya didunia dan akhirat. Allah akan bantu hambanya selagi dia membantu saudara islamnya."
1. Orang yang memiliki sifat ikram, Allah bagi 73 hasanah. 1 sahaja sudah mencukupi untuk keperluannya di dunia, selebihnya Allah akan bagi di akhirat.
2. Bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah. Salah satu dari 7 golongan orang yang dilindungi Allah di bawah Arasy di akhirat kelak.
3. Orang yang membatalkan iktikafnya di masjid semata-mata untuk menunaikan hak saudaranya, Allah akan bagi pahala iktikaf selama setahun.
4. Orang yang beriktikaf di masjid, Allah akan jauhkan dirinya dari neraka sejauh 3 parit. 1 parit jaraknya antara langit dan bumi.
Wednesday, August 10, 2022
Muzakarah Ilmu dan Zikir
3. Hakikat Ilmu dan Zikir
Maksud Ilmu :
Untuk mendapat Manfaat secara langsung dari zat Allah SWT. Kita hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT dengan cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW. Untuk itu kita mesti mempelajari ilmu agama yakni memastikan bahawa dalam keadaan tertentu ini, apakah yang Allah SWT inginkan daripada saya?
Tahu manakah perintah Allah dan yang manakah larangan Allah, serta kita tahu yang manakah yang perlu diutamakan. Dua bahagian ilmu iaitu Ilmu Fadhail (kelebihan/fadhilat) sesuatu amalan dan
Ilmu Mashail (ilmu berkenaan hukum-hakam agama).
Cara Mendapatkannya :
- Sentiasa mendakwahkan kelebihan-kelebihan ilmu.
- Sentiasa beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari, amalan yang sedikit tetapi secara istiqamah amat disukai oleh Allah.
- Ilmu Fadhail -Boleh belajar sendiri melalui pembacaan atau menghadiri majlis-majlis ta'lim.
- Ilmu Mashail -Kena belajar dan berguru dengan guru-guru/ustaz/alim-ulamak yang mursyid.
- Sentiasa berdoa kepada Allah untuk memohon hakikat ilmu.
Kelebihannya :
- Seorang yang Alim lebih ditakuti oleh syaitan dari 1000 Abid.- hadis
- Seseorang yang keluar untuk belajar ilmu, jika dia mati dalam perjalanan dikira syahid. - hadis
- Malaikat sentiasa mendoakan kebaikan bagi orang yang menuntut ilmu. - hadis
- Sayyidina Abu Zar R.A. Berkata Rasulullah SAW telah bersabda kepada saya. "Wahai Abu Zar, jika kamu pergi pada waktu pagi dan mempelajari satu ayat daripada al-quran maka lebih afdal dari solat 100 rakaat dan jika kamu mempelajari satu bab dari ilmu agama yang dapat di amalkan pada masa itu atau tidak (seumpama hukum-hakam semasa tayammum) maka lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat". (Ibnu Majah).
Maksud Zikir :
- Senantiasa mengingati Allah pada setiap masa.
Cara Mendapatkannya :
- Sentiasa berdakwah terhadapnya setiap masa/bercerita kepada orang lain.
- Sentiasa amal zikir harian 300 pagi dan 300 petang. (paling kurang)
100 x سُبْحَانَ اللَّهِ
100 x وَالْحَمْدُ لِلّهِ
100 xاللَّهُ أَكْبَرُ
- Sebagai Tambahan.
Solawat pada Rasulullah - ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ
Zikir nabi Nuh a.s. - لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Istigfar Nabi - رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
- Baca quran hari-hari, paling kurang boleh khatan 2x setahun - bagi orang awam.
- Bagi hafiz/hafizah sekurang-kurangnya 3-5 juz setiap hari.
- Amalkan doa-doa masnun.
- Doa pada Allah meminta supaya diberi hakikat zikir.
Kelebihannya :
- Meningkat serta memelihara iman kita.
- Zikir yang dibaca sebagai penghalau syaitan, zikir yang dibaca akan melemahkan syaitan.
- Allah suka pada hambanya yang sentiasa mengingatinya.
"Maka ingatilah kepadaKu. Aku pun akan ingat kepada mu, Bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu engkar kepada Ku." Al-Baqarah 02:152
- 1 huruf akan dapat 10 hasanah.
- Orang berzikir, dia hidup disisi Allah.
- Aku bersama hambaKu yang mengingatiKu - Hadis Sahih Bukhari
- Zikir sebagai pembersih hati.
- Satu pintu syurga khas untuk orang yang istikhamah berzikir..
- Nama orang-orang yang berzikir di sebut-sebut di langit dan menjadi Nur pentunjuk untuk dia di bumi. (Baihaqi).
30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM
Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...




