Thursday, April 11, 2019

Tukar Cara Bekerja

Sejak aku kena stroke ni, Aku kena ubah cara kerja aku..Aku dah tak seperti orang biasa. Aku dah termasuk dalam kategori OKU. Separuh dari anggota badan ku menjadi lemah. Tapi aku masih lagi bersyukur kerana anggota sebelah kanan masih kuat termasuk kaki dan tangan, mata telinga dan otak.

Jadi aku dah tak boleh bekerja sebagaimana orang lain bekerja. Tambahan pula lidah ku masih lagi terasa keras sehingga percakapan pun tidak begitu lancar.

Aku tahu, Allah nak suruh aku kerja senang, iaitu kerja melalui ONLINE sahaja. Aku tak payah lagi kesana-kemari, tak payah lagi jumpa orang tu jumpa orang ni, hanya fokus online saja.

Aku tak boleh hanya duduk merungut saja. Anak bini sape nak bagi makan ? Dah hampir setahun dah aku tak kerja. Duit saving setinggi Bukit Uhud pun akan runtuh, rumah nak kena bayar tiap-tiap bulan begitu juga elektrik, api dan air... 

Pendek kata hidup kena teruskan. Jangan mati sebelum mati... Never Give Up...
[Mula kena stroke pada 22 August 2018]

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...