Friday, April 12, 2019

Bangkit Semula - Start from Zero

Dah hampir setahun tak bekerja dan tak meniaga apa-apa. Maka bulan April 2019 aku terpaksa decide untuk memulakan kembali bissness demi untuk menyara keluarga.

Sebab akulah tunggak dalam keluarga, tidak ada sesiapa yang boleh ku harap melainkan Allah yang memberi kekuatan untuk aku bangkit kembali. Tapi bisnes apa yang aku nak mula..?

Aku telah menghabiskan masa 30 tahun membina pengalaman dalam MLM, maka bisnes mlm jugalah yang bakal menaikkan kembali tahap ekonomi ku. Aku takde seni untuk buat bisnes lain, kalau nak buat yang lain kena ada pengalaman baru dan kena bersedia berhadapan dengan kegagalan yang baru.

Aku decide untuk pilih industri yang sama, tapi kali ini dengan niat dan cara yang berbeza. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT. Tapi syarikat apa..? Ya! Syarikat apa nak join..? Aku telah analisa dan dah shortlisted beberapa syarikat untuk aku bargabung jika aku ingin memulakan kembali MLM dan ciri-cirinya adalah :

1. Produknya adalah keperluan setiap orang.
2. Keperluannya menyeluruh, bukan hanya untuk sesetengah orang sahaja dan
3. Keperluan berterusan kepada produk yang ditawarkan untuk memastikan repeat sales .

Syarikat sudah pasti kukuh dan stabil sebab aku dah takde masa nak main-main lagi

Syarikat pertama yang aku pilih ialah :
OneXox - Terbukti bonus bulanannya tak pernah turun walaupun aku dah berhenti buat dah 2 tahun.
Syarikat yang perihatin dan mempunyai konsep perniagaan Patuh Shariah.

Syarikat MLM yang akan aku pilih nanti ialah yang mempunyai Kualiti produk dan Stabiliti yang tinggi, salah satu dari yang di bawah :
1. Shaklee
2. Usana
3. Me la "luka" -Tak di benar untuk tulis nama sebenar - hati terluka..
4. Forever Living

Aku akan pilih salah satu dari 4 di atas..

No comments:

Post a Comment

30 Tahun Pengalaman Jatuh Bangun MLM

Selepas graduate 1991 dalam jurusan Engineering dari UTM (Communication). Bekerja sekejap di Kilang Semiconductor kemudian join Motorolla ...